SIAPA SAYA..?


Assalamu'alaikum...hai

Terima kasih kerana anda sudi berkunjung ke blog Nota Vitamin.

Siapa saya..?

Saya Syahida Noor.
- Pemilik dan penulis blog Nota Vitamin by iedanoor.
- Anak perempuan kepada mak abah yang awesome.
- Kakak dan adik kepada adik beradik yang amazing.
- Isteri kepada encik suami yang hebat.
- Ibu kepada 3 orang anak yang aktif, bijak dan kreatif.
- Pengedar berdaftar Shaklee.

Saya mengenali produk Shaklee pada tahun 2015 iaitu ESP dan Vitamin E. Seorang teman memperkenalkannya dan saya membeli atas dasar kawan tanpa mengambil tahu apa kelebihan dan kebaikannya maka saya tidak meneruskan pengambilannya.

Sehinggalah saya mengandungkan anak yang ketiga, saya mencari supplement untuk ibu hamil. Hasilnya saya telah berjumpa dengan blog milik Puan Adilah Manaf, saya mengambil set hamil Shaklee dan terus mendaftar sebagai ahli, barulah saya tahu rupanya banyak kebaikan dan manfaatnya membuatkan saya ingin berkongsi dan bercerita dengan orang lain tentang kebaikan produk ini.

BAGAIMANA SAYA MENJADI PENGEDAR SHAKLEE


Sebelum ni saya pernah bekerja kemudian bekerja sendiri tetapi hasilnya untung tak untung sahaja dengan kos jagaan anak makin lama makin mahal saya akhirnya mengambil keputusan untuk menjadi surirumah sepenuh masa sambil menguruskan anak-anak yang masih kecil.

Sehingga pada suatu hari (masih berpantang anak ketiga), saya rasa ingin membantu menambah pendapatan keluarga kami, tak boleh hanya nak harapkan gaji suami. Maka saya membuat keputusan untuk bekerja secara part time dari rumah, jalan terbaik adalah berbisnes. Tapi nak bisnes apa..??

Saya menyatakan cadangan saya kepada suami untuk mencuba bisnes shaklee secara part time. Alhamdulillah, cadangan saya disambut baik. Orang pertama yang membeli produk shaklee adalah adik saya kemudian abah. Itupun dah rasa seronok walaupun bonus permulaan yang dapat hanya puluhan ringgit sahaja. Kayuh perlahan-lahan dan moga ianya berterusan. Tapi kini kayuhan makin laju dengan bantuan bonda dan rakan-rakan Shaklee saya. Kini saya sedang meng'shaklee'kan keluarga supaya mereka lebih sihat dengan produk semulajadi.

Bila dah banyak tahu mengenai produk shaklee, saya berminat untuk meneruskan bisnes shaklee secara full time pula. Kini saya masih belajar tentang produk kerana saya berimpian untuk menjadi pakar nutrisi pula.

Masa zaman sekolah saya bercita-cita nak jadi doktor tapi tak kesampaian, dapat jadi pakar nutrisi Shaklee pun jadilah kerana saya suka berkongsi tentang kesihatan. Rasa macam tamak tapi peluang yang ada perlu direbut sebaiknya kerana rezeki itu datang dari Allah, mudah-mudahan rezeki murah dan berpanjangan. Doakan impian saya jadi kenyataan. Ameen.

Azam saya adalah mahu melihat keluarga saya dan orang-orang di samping saya sihat. Saya juga mahu anda di luar sana sihat. Jadi..jom sihat bersama saya.


JANA PENDAPATAN BERSAMA SAYA


Sekiranya anda berminat ingin menjana pendapatan sampingan secara sambilan mahupun sepenuh masa, anda berada ditempat yang betul. Anda mestilah seorang yang mahu belajar, boleh diajar, serius, yakin dan tidak putus asa untuk memajukan diri. Kerana sekiranya anda betul-betul mahu mengambil peluang ini , kami akan train anda sehingga berjaya.

Kenapa perlu join group saya? Kerana kami adalah team yang hebat dimana lahirnya bakal-bakal jutawan (insyaAllah). Saling bantu membantu, perkongsian ilmu dan informasi.


MODAL YANG DIPERLUKAN


Anda hanya memerlukan RM80 (Semenanjung Malaysia) dan RM90 (Sabah/Sarawak) sebagai modal dengan menjadi ahli Shaklee. Tidak perlu simpan stok dan penghantaran diuruskan oleh pihak Shaklee.


CARA UNTUK MENDAFTAR


1. Anda boleh mendaftar sendiri dengan pergi kemana-mana cawangan Shaklee berhampiran anda. Isikan borang keahlian anda. Untuk mendaftar sebagai ahli, anda memerlukan penaja. Boleh menggunakan ID saya sebagai penaja anda iaitu 1234730 (Noor Syahida Noor Yahya).

2. Untuk memudahkan anda, boleh hubungi saya untuk urusan pendaftaran sebagai ahli sms/whatsapp 012-392 3099.

Setelah anda menjadi ahli dengan penaja cum upline cum ibu anda, anda akan dijemput ke secret group. Kenapa secret group? Kerana ianya EKSLUSIF untuk mereka yang benar-benar ingin berjaya.

Jadi, apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang yang ada kerana ia tidak datang berkali-kali.


Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee boleh hubungi saya

iedanoor (SID : 1234730)
SMS / WhatsApp : 012.392.3099

Facebook : Syahida Noor

Fanpage : notavitamin

IG : @iedanoor_mynotavita
@notavitamin


Pengedar Shaklee Puncak Jalil - Taman Equine - Bandar Jengka - Jerantut
dan seluruh Malaysia




Happy Sharing Happy Reading.



No comments:

Post a Comment