Resepi Smoothies Untuk Sahur Mudah Sedap Dan Berkhasiat

Assalamu'alaikum...hai

Kali ini nak berkongsi untuk resepi smoothies untuk bersahur, walaupun bagi kebanyakan keluarga di Malaysia nasi merupakan makanan utama sebagai juadah tidak kira semasa berbuka mahupun bersahur.
Adalah penting untuk kita makan dan minum yang sesuai bagi menepati keperluan badan terutama waktu sahur kerana apa yang kita makan dan minum itu perlulah memberi tenaga dan membantu kita kekal cergas sepanjang berpuasa.



Apa kata sekali-sekala ubah menu harian yang biasa kepada smoothies, jika inginkan kelainan asalkan menu tersebut mudah, ringkas, mengenyangkan malah mampu memberi tenaga.

Untuk memberi rasa kenyang yang lebih lama, smoothies yang dihasilkan perlulah mengandungi protein di mana buah-buahan yang anda ingini dikisar bersama susu, yogurt atau oat atau kesemuanya sekali.

Antara buah-buahan yang sesuai dijadikan smoothies untuk bersahur adalah kurma, pisang, epal, strawberi dan mangga.


Bagi memudahkan anda mengisarnya, isikan buah-buahan, oat dan sebagainya di dalam paket kecil yang telah dilabel dan di simpan di dalam peti sejuk. Ini akan menjimatkan masa anda untuk menyediakannya.




Smoothies kurma


Bahan-bahan :

- 7 biji kurma yang direndam semalaman
- 3 biji pisang yang dibekukan
- 2 cawan susu rendah lemak HL/ Nestle / apa-apa brand pun boleh.
- 1 sudu kecil serbuk kayu manis

Cara-cara :

1. Masukkan kesemua bahan ke dalam pengisar.
2. Kisar hingga sebati dan pekat.
3. Sedia untuk diminum.




Smoothies Pisang Coklat


Bahan-bahan:

- 1 biji pisang yang dibekukan
- 2 sudu besar mentega kacang
- 2 sudu besar serbuk koko
- 1/3 cawan air

Cara-cara :

1. Kisar semua bahan hingga sebati.
2. Sedia untuk diminum.

Cadangan : Tambahkan serbuk protein atau 2 sudu besar oat dengan sedikit serbuk kayu manis bagi menjadikan minuman lebih bertenaga.




Smoothies tembikai


Bahan-bahan :

- 1/2 cawan tembikai tanpa biji
- 1 biji pisang yang dibekukan
- 1 biji epal yang dibuang kulit dan terasnya
- 3/4 cawan yogurt tanpa lemak
- 1 sudu besar madu

Cara-cara :

1. Kisar tembikai dan tapis. Ambil airnya sahaja.
2. Masukkan semula air tembikai ke dalam pengisar.
3. Masukkan semua bahan-bahan yang lain.
4. Kisar sebati. Sedia untuk diminum.



Untuk kelainan, tambahkan ESP, Meal Shakes atau Cinch Mix Shaklee sebagai protein tambahan dan menjadikan smoothies anda lebih berkhasiat.

Di bawah antara resepi smoothies bersama ESP, Meal Shakes dan Cinch Mix Shaklee





 
Nikmati smoothies yang berkhasiat ini. Untuk resepi smoothies yang lain di sini
Moga ianya bermanfaat untuk semua.


Dapatkannya sekarang, jangan lepaskan peluang untuk menikmatinya yang pasti sedap tak terhingga.


Klik gambar untuk membuat pesanan anda

 https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=11d8270a3399de3133c7096617e6c8ca
http://www.shaklee.com.my/?joinnow=1234730




Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya. Saya sedia membantu anda.

 



http://www.wasap.my/60123923099
https://www.facebook.com/iedanoor
http://www.facebook.com/notavitamin





Happy Sharing Happy Reading



Disclaimer : Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Produk-produk ini adalah makan tambahan yang membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan juga membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik.


2 comments: