Petua Mencegah Resdung Dengan Berkesan Tanpa Steroid


Assalamu'alaikum...hai

Adakah anda mengalami simptom-simptom ini ? Hidung tersumbat dan berair? Rasa sakit dimuka dan berat pada bahagian mata? Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang? Gatal-gatal pada mata dan hidung juga sentiasa bersin? Jika ini berlaku, anda semestinya mengalami resdung atau sinus.

Resdung atau sinus dikenali sebagai sinusitis merupakan sejenis keradangan sinus atau bengkak tisu yang boleh disebabkan oleh virus, bakteria, kulat atau alergi. Jangkitan juga boleh terjadi hasil daripada tindak balas alahan atau autoimun apabila sistem imun menyerang sel-sel sihat.


Di belakang tulang muka terdapat ruang kosong diisi dengan udara; ini membawa kepada rongga hidung dan dipanggil sinus. Sinus mempunyai lapisan membran mukus yang sama seperti hidung.
Membran menghasilkan rembesan berlendir (mukus), menjaga kelembapan saluran hidung. Lendir tersebut adalah untuk memerangkap kotoran dan kuman.



Terdapat tiga jenis resdung : 

  • Sinusitis akut adalah yang sering berlaku disebabkan oleh selesema biasa, hidung tersumbat membuatkan ia sukar untuk bernafas melalui hidung, mata dan hidung mungkin terasa bengkak yang merupakan jangkitan ringan yang disebabkan oleh virus. Mungkin juga terdapat sakit di bahagian muka dan sakit kepala. Kadang-kadang, seorang pesakit dengan sinusitis akut boleh mengalami demam. Ia mungkin tiba-tiba berlaku dan boleh berlanjutan sehingga 4 minggu. 
  • Sinusitis subakut berlaku 4 hingga 12 minggu. Tanda-tanda sinusitis jenis ini merujuk kepada sinusitis akut.
  • Sinusitis kronik berlanjutan sekurang-kurangnya 12 minggu atau akan datang kembali. Sinusitis kronik biasanya disebabkan oleh jangkitan. Walau bagaimanapun, ia juga boleh disebabkan oleh polip hidung (ketumbuhan dalam sinus) dan juga sebagai septum menyeleweng.
Seperti akut dan subakut sinusitis, sinus menjadi radang dan bengkak menyebabkan hidung tersumbat dan terjadi lendir. Pesakit mungkin merasa sukar untuk bernafas melalui hidung dan mungkin mengalami sakit di bahagian muka dan sakit kepala.


Simptom- Simptom Resdung 


Antara simptom-simptom resdung adalah :
  • Sakit di bahagian muka dan tekanan
  • Hidung tersumbat, lelehan hidung atau hingus berubah warna
  • Telinga tersumbat
  • Gatal mata
  • Deria bau yang berkurangan
  • Sukar untuk bernafas dan menjadi sengau
  • Batuk yang menyebabkan gatal pada kerongkong dan anak tekak
  • Perasaan kesesakan atau kenyang di muka anda 
  • Nanah dalam rongga hidung
  • Demam
Anda juga mungkin mengalami sakit kepala, nafas berbau, sakit gigi dan berasa sangat letih


Siapa Yang Berisiko Untuk Mendapat Resdung 


Semua orang berisiko untuk mendapat resdung tidak kira dewasa atau kanak-kanak.
Perkara-perkara dan kesan yang boleh menyebabkan sinusitis :

Kanak-kanak - Alahan, berjangkit daripada kanak-kanak lain di taska, pusat jagaan harian atau sekolah, asap dalam kawasan persekitaran.
Kesan terhadap kanak-kanak ianya boleh merebak ke bahagian mata yang menyebabkan mata bernanah dan jangkitan virus. Juga boleh menyebabkan buta bagi kes kritikal.

Dewasa - Bengkak dalam hidung seperti selesema biasa, saluran hidung tersumbat, perbezaan struktur yang menyempitkan duktus, polip hidung (nasal polyps), kekurangan sistem imun atau kekebalan tubuh atau ubat-ubatan yang melemahkan sistem imun.
Nanah yang bertakung di dalam ruang sinus frontal akan mengakibatkan resdung kronik, jika tidak dibuang akan dipenuhi kuman dan bakteria yang masuk ke otak yang mengakibatkan jangkitan kepada otak atau meningtis, yang mana jika dibiarkan boleh membawa maut!


Rawatan Dan Petua Untuk Mencegah Resdung


Dalam kebanyakan kes, sinusitis dapat diselesaikan sendiri tanpa rawatan. Ramai pesakit mendapati bahawa rawatan rumah memberikan sedikit kelegaan. Rawatan ini merangkumi beberapa ubat-ubatan OTC (over-the-counter).
  • Wap sedutan - bernafas wap dari semangkuk air panas tidak mendidih ditambah beberapa titik minyak menthol. Walaupun pesakit berasa sedikit kelegaan, rawatan ini tidak terbukti secara saintifik. Berdiri atau duduk dalam mandi beruap kadang-kadang boleh memberi kesan yang sama.
  • Tidur dengan kepala yang ditinggikan - naikkan bantal supaya kepala lebih tinggi daripada biasa. Ini boleh mengurangkan jumlah tekanan sekitar sinus dan mengurangkan ketidakselesaan dan kesakitan.
  • Ubat penahan sakit - ubat penahan sakit boleh mengurangkan demam.
  • Tablet congesdetant - ini boleh mengurangkan bengkak
  • Semburan dekongestan - kesan sama seperti tablet. Walau bagaimanapun, pesakit tidak boleh menggunakannya untuk lebih dari 1 minggu. Ambil seperti yang disyorkan.
Jika tiada satu pun rawatan rumah berjaya selepas kira-kira seminggu, individu harus berjumpa doktor. Doktor mungkin memutuskan sinusitis itu telah disebabkan oleh jangkitan bakteria dan menetapkan antibiotik. Dalam sesetengah kes doktor mungkin akan membekalkan steroid bersama-sama antibiotik.

Antara petua yang boleh dicuba

  • Elakkan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut jenis berbulu.
  • Hindari memelihara haiwan berbulu.
  • Pakai penutup hidung semasa kemas rumah
  • Kerap cuci atau lap muka dengan air suam
  • Minum air yang banyak terutamanya air suam.
  • Kurangkan atau hindari makanan laut seprti sotong, udang, kerang, ketam dan sebagainya.



Ikhtiar Alternatif Yang Berkesan Untuk Resdung


Ikhtiar alternatif yang berkesan dan pastinya selamat dan tiada dadah adalah set resdung Shaklee. Dengan penggunaan yang konsisten, insyaAllah mampu merawat masalah resdung. 


Vivix 

Anti-penuaan, mengandungi antioksidan, melindungi kerosakan sel,
menghalang penimbunan radikal bebas.


 

Alfalfa Complex

Mengurangkan keradangan terutamanya akibat ekzema, resdung, alergi dan gegata.





B Complex

Memelihara selaput lendir yang sihat dan membantu pengeluaran antibodi.
Memelihara sistem saraf.
Membantu pembinaan protein dalam tubuh
Membantu hasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk singkirkan sel-sel mati




Sustained Release Vita C Plus

Meningkatkan pemyembuhan tisu
Tingkatkan oksigenasi pada tisu dalam tubuh
Bantu cegah pemyempitan tiub bronkiol
Tingkatkan fungsi T Cell dan Macrophage (fungsi sistem pertahanan badan, sel darah putih)




Berjaya Merawat Resdung Dengan Shaklee



Testimonial 1




TESTIMONI 029 : UMMI ZAINAB
Assalamualaikum,
Saya Ummi Zainab Mohamad, Nama glemer di Fb Ummi Ussi (Cik Zai). Mula kenal Shaklee pada tahun 2013 dan sah menjadi SID pada 3 September 2013 . Sebelum ini tak pernah kenal apakah itu Shaklee .. Tak pernah tau dan tak pernah diberitahu walaupun saya yang sangat aktif berinternet. Sehinggalah satu hari, saya ke hospital dan diperkenalkan oleh seorang Doctor Cun, Doc Nadia (Fb : Nadia Abdul Kadir) promot sikit kasi glemer lagi. Langkah kanan gamaknya masuklah bilik No.1 dan saya menceritakan segala masalah saya kepada doctor tersebut . Tq yer doc !
.
Ok dipendek2kan cerita, setelah diperkenalkan melalui flyer shaklee yang doc bagi saya tak mencuba terus sehinggalah saya tengok banyak suplemen di rumah saudara saya. So dia pulak menceritakan kebaikan Shaklee kepada saya. Ingat lagi suplemen first saya cuba adalah Alfalfa Complex.
.
Saya diberitahu Alfalfa Complex ni sesuai untuk penyakit resdung. So saya cubalah. Alhamdulilah memang menakjubkan kegatalan dimuka, hidung, lelangit, telinga kembali berkurang dan sembuh dengan sekelip mata. Kalau dulu saya peruntukkan hampir RM 300.00 untuk settle masalah resdung saya ni (facial muka, berbekam, beli batang rokok resdung) tetapi dengan Alfalfa Compex saya hanya peruntukkan RM 53.75 (harga bukan ahli) yang kuantiti sebanyak 330 biji. Bonusnya lagi masalah keputihan dan masalah dalaman saya semakin pulih dan hilang terus .. Menakjubkan !!!
.
Sejak dari sebotol Alfalfa Complex saya mula yakin bersama Shaklee. Saya semakin rajin google dan mencari input2 dan sharing/testimoni dari pengguna dan kebaikan dari suplemen shaklee.
.
Ok Settle masalah resdung & keputihan. Saya fokus untuk kecantikan kulit muka pula. Muka saya dulu teruk (kusam, bernanah,sensitif, berparut dan berjerawat) .Untuk masalah itu, saya mula mencuba set kecantikan kulit muka. Saya pernah cuba suplemen Esp, Vivix, Vitamin C, Vitamin E, Alfalfa Complex, B-Complex.Omega Guard,Herblax dan set skincare pula saya memilih Skincare Enfuselle (masa itu saya pakai sebab kulit muka teruk) sekarang dah takde jerawat saya kembali setia dengan Set SkinCare Nutriwhite (Kulit dah kelihatan normal dah). Memang banyak saya guna suplemen shaklee tetapi saya tak beli semua sekaligus la. Ada duit saya topup sikit untuk suplemen . Saya laburkan untuk diri saya sendiri. Semua BERJAYA kerana saya KOSISTEN guna selama 2 tahun.
.
Alhamdulilah, Allah dah temukan saya dengan suplemen yang sangat berkualiti dengan ujian klinikal yang terbaik dan ia sangat sesuai dengan diri saya. Tahniah untuk diri saya sendiri dan juga untuk berjuta-juta pengguna/testimoni lain yang telah berjaya bersama Shaklee.
.
Yang masih ragu-ragu dengan shaklee . Cuba dulu .. Alami sendiri.. Jangan buat andaian sebelum mencuba. Apa-apapun semoga testimoni ini memberi manfaat pada semua .
.
Sharing dari hati ....
.
Yang ikhlas,
Ummi Ussi



Atasi masalah resdung anda sekarang sebelum ia menjadi masalah resdung yang lebih kronik kerana jika dibiarkan boleh membawa maut!!





Dapatkan Set Resdung Anda Sekarang! Klik pada gambar untuk buat pesanan.
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=a64a4266817245d41ccdc9a9475a6a17
http://mynotavita.blogspot.my/p/daftar-ahli.html




Saya ingin membantu anda. Konsultasi berterusan diberi untuk anda.



Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya

http;//www.wasap.my/60123923099
https://www.facebook.com/iedanoor
https://www.facebook.com/notavitamin




Happy Sharing Happy Reading


Disclaimer : Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Produk-produk ini adalah makan tambahan yang membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan juga membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik.


2 comments:

  1. Alhamdulillah, kulit makin cantik sekarang

    ReplyDelete